Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang lawan pedang S'pura Amita Berthier dapat tempat ke Olimpik

Amita Berthier berjaya menempah tempat ke Sukan Olimpik tahun ini, setelah memenangi acara lawan pedang 'foil' wanita di Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia-Oceanian di Tashkent, Uzbekistan pada Ahad (25 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang lawan pedang S'pura Amita Berthier dapat tempat ke Olimpik

Amita Berthier semasa separuh akhir lawan pedang di Sukan SEA pada 3 Nov 2019. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 25 Apr 2021 10:49PM Dikemas Kini : 25 Apr 2021 10:52PM

SINGAPURA: Amita Berthier berjaya menempah tempat ke Sukan Olimpik tahun ini, setelah memenangi acara lawan pedang 'foil' wanita di Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia-Oceanian di Tashkent, Uzbekistan pada Ahad (25 Apr).

Berthier mengalahkan Yala Alborova dari Uzbekistan 15-14 untuk menempah tempat di temasya itu, yang dijadualkan bermula kurang tiga bulan dari sekarang.

Atlit berusia 20 tahun itu akan menjadi pemain pedang wanita pertama Singapura yang bertanding di Olimpik dan juga merupakan yang pertama melayakkan diri menerusi perlawanan dalam acara tersebut.

Sebelum ini James Wong dan Ronald Tan pernah bertanding di Olimpik 1992 dalam acara foil dan epee, tetapi tidak perlu melalui proses kelayakan kerana mereka dipilih atas dasar mereka merupakan pemain terbaik negara dalam acara masing-masing.

Di Uzbekistan, Berthier memenangi lima daripada enam perlawanan dalam kumpulannya, sebelum melangkah ke peringkat kalah mati. Beliau kemudian mengalahkan Radhika Prakash Awati dari India 15-3, sebelum menewaskan Mona Shaito dari Lubnan, 15-4.

Berthier juga merupakan juara bertahan Sukan SEA dalam acara individu wanita setelah memenangi acara tersebut pada 2017 dan 2019. Beliau juga memiliki pingat emas dalam acara pasukan foil.

Olimpik Tokyo, yang ditunda setahun dek COVID-19, akan bermula pada 23 Jul.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan