Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bil gaji Manchester United melonjak susuli kepulangan Ronaldo

Bil gaji kelab bola sepak Manchester United melonjak 23 peratus semasa tempoh kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.

Anggaran Waktu Membaca:
Bil gaji Manchester United melonjak susuli kepulangan Ronaldo

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol menentang Atalanta. (Gambar: AFP)

LONDON: Bil gaji kelab bola sepak Manchester United melonjak 23 peratus semasa tempoh kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.

Demikian menurut laporan kewangan terkini kelab itu pada Rabu (17 Nov).

Jumlah yang dicatatkan pada suku pertama tahun kewangan 2021/22 menunjukkan pertambahan £16.6 juta (S$30.3 juta) bagi "perbelanjaan faedah pekerja" berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Jumlah keseluruhan bagi bayaran gaji berakhir 30 September, apabila kelab itu mengambil semula Ronaldo dan membawa masuk pemain Raphael Varane dan Jadon Sancho, adalah £88.5 juta (S$161.8 juta).

Kenaikan itu diimbangi dengan jumlah sebanyak £17.4 juta (S$31.8 juta) menerusi penjualan pemain, khususnya langkah Dan James berpindah ke Leeds, walaupun kelab itu turut menerima bayaran penjualan daripada pemindahan Romelu Lukaku dari Inter Milan ke Chelsea.

Hasil pendapatan secara keseluruhannya meningkat sebanyak 16.1 peratus kepada £126.5 juta (S$231.3 juta), sebahagian besar disebabkan oleh pertambahan daripada hasil penjualan tiket perlawanan setelah penonton kembali menyaksikan perlawanan menyusuli pelonggaran langkah-langkah sekatan koronavirus.

Hasil komersil naik sebanyak 7.9 peratus kepada £64.4 juta (S$117.7 juta). Ini sebahagiannya dipacu dengan kehadiran Ronaldo, walaupun bintang Portugal itu hanya kembali ke kelab itu pada bulan terakhir suku berkenaan.

Naib pengerusi eksekutif United Ed Woodward berkata: "Walaupun hasil kewangan hari ini menunjukkan daya ketahanan kami semasa pandemik, keutamaan kami adalah untuk meraih kejayaan di padang.

"Pengurus kelab, pemain dan semua orang di kelab ini berazam untuk mencapai matlamat itu."  

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan