Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Biasiswa Peter Lim beri S$825,000 kepada 289 atlit muda

Seramai 289 atlit muda akan menerima biasiswa berjumlah S$825,000 tahun ini sebagai sebahagian daripada Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 May 2020 06:00PM Dikemas Kini : 21 May 2020 12:32AM

SINGAPURA: Seramai 289 atlit muda akan menerima biasiswa berjumlah S$825,000 tahun ini sebagai sebahagian daripada Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim.

Buat julung-julung kalinya, para atlit dalam sukan seperti berbasikal di jalan raya, hoki ais dan bola lisut akan disertakan.

Biasiswa itu membantu para atlit muda mencapai impian untuk cemerlang dalam sukan dan menyokong atlit cemerlang dari keluarga kurang bernasib baik.

Pada tahun ini, tiada upacara penyampaian biasiswa kepada penerima seperti Irfan Hamed, disebabkan pandemik COVID-19.

Para penerima biasiswa sebelumnya mewakili Singapura di pertandingan antarabangsa utama termasuk 13 orang di Sukan Olimpik.

Tahun lalu, Encik Peter Lim membaharui komitmennya untuk menyumbang S$10 juta lagi bagi biasiswa tersebut untuk 10 tahun akan datang.

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan