Images
  • banner (1)
    Blyth Spartans sudah memeterai perjanjian tajaan baru yang menawarkan lawatan ke Korea Utara. (Gambar: @BSAFCCommercial/Twitter)

Berkunjung ke Korea Utara? Kelab bola sepak England ini meterai perjanjian aneh

LONDON: Sebuah kelab dalam divisyen keenam bola sepak England sudah memeterai perjanjian tajaan baru yang menawarkan lawatan ke Korea Utara, salah sebuah negara yang paling terpencil di dunia.

Blyth Spartans, sebuah kelab yang berpangkalan di timur laut England, memasarkan iklan pada Rabu (26 Dis), yang mempromosikan Lawat Korea Utara, yang menawarkan pakej percutian ke negara itu.

Gambar-gambar di iklan itu dengan pantas tular di media sosial, sekali gus menyebabkan syarikat dan kelab tersebut untuk mengesahkan bahawa kerjasama itu memang sahih dan bukan satu gurauan.

"Lawat Korea Utara berbesar hati untuk mengumumkan perjanjian tajaan dengan kelab bola sepak England Blyth Spartans FC," menurutnya dalam satu kenyataan di lamannya.

"Meskipun ia pastinya unik dan lain daripada yang lain, Lawat Korea Utara tetap bangga kerana dapat membantu sukan bola sepak di peringkat tempatan dan memperluaskan publisiti bagi kelab-kelab di utara England."

Spartans turut membuat pengumuman mengenai perjanijian itu dalam program perlawanan kelab tersebut. 

- AFP/NA/na

Top