Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Benfica tersingkir daripada Liga Juara-Juara

Juara Eropah dua kali, Benfica disingkirkan daripada Liga Juara-Juara dalam saingan kelayakan pada Selasa (15 Sep) selepas kalah 2-1 di tangan PAOK Thessaloniki.

Anggaran Waktu Membaca:
Benfica tersingkir daripada Liga Juara-Juara

(Gambar: REUTERS/Alexandros Avramidis)

Diterbitkan : 16 Sep 2020 09:14AM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 09:20AM

PARIS: Juara Eropah dua kali, Benfica disingkirkan daripada Liga Juara-Juara dalam saingan kelayakan pada Selasa (15 Sep) selepas kalah 2-1 di tangan PAOK Thessaloniki.

Gergasi Portugal itu yang menang Piala Eropah dua kali pada 1960an, disingkirkan menerusi gol Dimitrios Giannoulis dan Andrija Zivkovic.

Benfica menamatkan saingan di tangga kedua divisyen utama Portugal tetapi berdepan perlawanan mencabar menentang PAOK, yang menamatkan Liga Super Greece di tangga kedua.

Mereka tidak akan berpeluang mengatasi kekalahan itu kerana pusingan kelayakan ketiga diadakan secara kalah mati.

Dynamo Kiev pula menyingkirkan AZ Alkmaar dengan kemenangan 2-0 manakala Gent mengatasi Rapid Vienna 2-1. 

Sumber : AFP/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan