Images
  • TMJ
    Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar: Howard Law)

Benarkah Man City berminat untuk beli kelab M'sia?

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak di Malaysia bingung sama ada pemilik juara Liga Perdana England Manchester City berminat untuk membeli salah satu kelab tempatan atau sebaliknya seperti yang disiarkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Khamis lepas, delegasi City yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan City Ferran Soriano bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.

Encik Syed Saddiq mengumumkan bahawa minat membeli sebuah kelab adalah salah satu daripada dua pelan awal yang dibincangkan, di samping kerjasama pembangunan belia menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) serta Akademi Mokhtar Dahari (MDA) di Gambang.

Tetapi menurut teks yang diterima Tunku Ismail dari Ferran Soriano semalam, rakyat Sepanyol berusia 51 tahun itu menyebut bahawa dia berada di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan salah seorang penaja komersial mereka dan mempelajari tentang bola sepak Malaysia.

Awal dari itu, TMJ yang juga pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia menyiarkan teks yang diterima beliau daripada seseorang yang bernama Tincho 2 menerusi Instagram yang memberitahu bahawa menurut Laporta, Soriano memberitahunya bahawa mereka tidak membeli mana-mana kelab.

"Ferran memberitahu saya ia adalah keterlaluan. Dia berada di Kuala Lumpur menemui penaja. Mereka mempunyai kepentingan di Malaysia seperti di mana-mana negara lain tetapi mereka tidak membeli mana-mana kelab," menurut teks Laporta yang Tincho 2 hantar kepada Tunku Ismail.

City Football Group diasaskan pada 2014 dan kelab yang sama ditubuhkan in New York.

Selain Manchester City, kumpulan itu juga memiliki dan mempunyai saham dalam New York City FC (Amerika Syarikat), Melbourne City (Australia), Yokohama F Marinos (Jepun), Atletico Torque (Uruguay) dan Girona FC (Sepanyol).

- Bernama/ZM/zm

Top