Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ben Davis sertai skuad sementara bola sepak Thailand bagi Sukan SEA

Pemain bola sepak Ben Davis, yang gagal melaksanakan tanggungjawab Perkhidmatan Negara (NS), dipanggil untuk menyertai squad sementara Thailand bagi Sukan SEA.

Anggaran Waktu Membaca:
Ben Davis sertai skuad sementara bola sepak Thailand bagi Sukan SEA

Pemain bola sepak belia Benjamin Davis (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 28 Sep 2019 09:49PM Dikemas Kini : 28 Sep 2019 09:59PM

SINGAPURA: Pemain bola sepak Ben Davis, yang gagal melaksanakan tanggungjawab Perkhidmatan Negara (NS), dipanggil untuk menyertai squad sementara Thailand bagi Sukan SEA.

Persatuan Bola Sepak Thailand mengumumkan demikian di lamannya pada Sabtu (28 Sep) dan Davis dinamakan sebagai sebahagian skuad sementara bagi temasya sukan yang akan diadakan di Filipina dari 30 November hingga 11 Disember.

Pemain Kelab Bola Sepak Fulham berusia 18 tahun itu gagal melaporkan diri bagi NS dan menetap di luar negara tanpa permit keluar yang sah, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) awal tahun ini.

"Encik Davis melakukan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Negara dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau penjara sehingga tiga tahun," menurut MINDEF ketika itu.

Permohonan Davis untuk menangguhkan NS ditolak oleh MINDEF, yang menyatakan permohonannya "tidak memenuhi kriteria bagi penangguhan jangka panjang bagi NS sepenuh masa".

"Oleh kerana semua lelaki warga Singapura perlu mengetepikan cita-cita sendiri untuk menjalani NS, tidak adil untuk membenarkan permohonan penangguhan bagi individu untuk mengejar kerjaya dan pembangunan diri sendiri," tambah kementerian itu.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Singapura itu menyertai Fulham menerusi biasiswa dua tahun pada Julai 2017.

Beliau warga Singapura pertama menandatangani kontrak dengan sebuah kelab England bertaraf tinggi, meskipun Fulham diturunkan dari Kejuaraan pada hujung musim lalu.

Beliau membuat penampilan pertama bagi Fulham pada 27 Ogos sebagai pemain gantian pada minit ke-89.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan