Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Belgium, Brazil akan berentap dalam suku akhir Piala Dunia

Brazil dan Belgium akan bertemu pada 7 Julai, selepas masing-masing mengalahkan Mexico dan Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Belgium, Brazil akan berentap dalam suku akhir Piala Dunia

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 03 Jul 2018 08:34AM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 08:40AM

RUSIA: Pasukan Belgium akan berdepan dengan Brazil di perlawanan suku akhir Piala Dunia, selepas menewaskan Jepun 3-2 awal Selasa (3 Jul).

Pada awalnya pasukan Jepun menguasai permainan dan mengekalkan dua mata di hadapan Belgium.

Namun Belgium kemudian berjaya menyamakan kedudukan pada separuh kedua perlawanan, sebelum akhirnya menghancurkan impian pasukan 'Blue Samurai' itu dengan satu lagi gol pada saat-saat akhir masa tambahan.

Awal sebelum itu, Brazil berjaya menduduki tangga keenam dalam Piala Dunia 2018 dengan pemainnya , Neymar menjaringkan gol pertama dan kemudian membuka ruang bagi pemain ganti, Roberto Firmino menjaringkan dua gol yang menumpaskan Mexico 2-0.

Brazil dan Belgium akan bertemu pada 7 Julai.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan