Bekas penyerang Barcelona, Ronaldinho diberkas di Paraguay
Bekas pemain penyerang dari Brazil, Ronaldinho Gaucho, diberkas di Paraguay pada Jumaat (6 Mac) kerana cuba memasuki negara itu dengan pasport palsu, kata seorang anggota polis Paraguay kepada Reuters.
ASUNCION: Bekas pemain penyerang dari Brazil, Ronaldinho Gaucho, diberkas di Paraguay pada Jumaat (6 Mac) kerana cuba memasuki negara itu dengan pasport palsu, kata seorang anggota polis Paraguay kepada Reuters.
Gilberto Fleitas, ketua unit siasatan polis Paraguay berkata Ronaldinho dan abangnya ditahan hanya beberapa jam setelah hakim enggan meluluskan saranan seorang pendakwa bagi hukuman alternatif.
"Arahan tahanan telah dilaksanakan," kata Encik Fleitas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.