Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas pemain Woodlands, Alam Shah meninggal dunia

Bekas pemain bola sepak, Nur Alam Shah, 38 tahun, meninggal dunia dalam tidur awal pagi semalam (18 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemain Woodlands, Alam Shah meninggal dunia

Nur Alam Shah. (Gambar: Yan Auni/Facebook)

SINGAPURA: Bekas pemain bola sepak Woodlands Wellington FC, Nur Alam Shah, 38 tahun, meninggal dunia dalam tidur awal pagi semalam (18 Mei). Allahyarham yang merupakan pencari nafkah tunggal keluarganya, dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazahnya dibawa pulang hari ini (19 Mei) dari Hospital Besar Singapura (SGH) ke rumahnya di blok 633A Senja Road di Bukit Panjang.

Beliau juga merupakan jurulatih Combine Schools FC di mana beliau membimbing lebih 100 pemain bola sepak antara 12 hingga 17 tahun secara percuma.

Allahyarham meninggalkan isterinya, Cik Azean Aziz dan anak-anak yang termasuk Mohd Royyan, 5 tahun yang menghidapi penyakit jantung yang dikenali sebagai Sindrom Hipoplasia Jantung Kiri (HLHS).

Sejak tahun lalu, Allahyarham mula mengumpul dana menerusi laman give.asia untuk menampung kos pembedahan-pembedahan yang terpaksa dilalui anak lelakinya itu.

Malah, isterinya turut menambah kepada usaha tersebut dengan menjual jersi bola sepak secara online. Sempena Ramadan tahun ini, keluarga Allahyarham juga menjual jersi-jersi itu di Gerai 47, Bazar Geylang di belakang Tanjong Katong Complex.

Dalam menerangkan usaha mengumpul dana itu tahun lalu, Allahyarham berkongsi bahawa beliau tidak mahu kehilangan Royyan selepas penyakit yang sama meragut nyawa anak perempuannya 10 tahun lalu.

Sebaliknya, pagi semalam (18 Mei), Royyan dan ibunya yang kehilangan ketua keluarga mereka, baru sehari selepas menyambut ketibaan Ramadan.

Yang jelas, pemergian bekas pemain profesional itu berlaku secara mengejut dan memeranjatkan keluarganya. Isterinya, Cik Azean Aziz menulis di Facebook dengan kata-kata menghibakan:

“Suami tersayang, awak pergi dengan begitu sahaja. Ia kejutan besar bagi saya. Saya sangat sangat terlalu sayang dengan awak. Mudah-mudahan Allah berikan tempat tertinggi bagi awak di jannah (syurga)…saya sedang cuba harungi ini…saya sedang cuba…”

HATI MURNI, BANTU ORANG RAMAI

"Alam Shah tak kenal penat, tak kenal erti berputus asa," kata rakan lama, Cik Nurdiana Muhd Ismail.

Teman sedarjah Allahyarham sewaktu di Sekolah Menengah Ping Yi itu turut menyifatkan beliau sebagai seorang yang periang dan suka menolong orang lain, meskipun harus harungi pelbagai cabaran.

Sifat murni Allahyarham paling menyerlah dalam baktinya sebagai jurulatih Combine Schools FC di mana beliau membimbing lebih 100 pemain remaja secara percuma.

Cil Nurdiana berharap agar orang ramai akan dapat membalas budi baiknya dengan terus membantu menyumbang kepada dana yang ditubuhkan Allahyarham.

"Saya berharap orang ramai boleh terus bantu keluarganya and pastikan anaknya tetap dapat rawatan terbaik, membesar dengan baik," kata beliau.

Orang ramai boleh membuat sumbangan untuk membantu keluarga Allahyarham Alam Shah di https://give.asia/user/nur_alam_shah 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan