Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas pemain Perancis Samir Nasri ingin jadi 'peran contoh’ kepada pemain muda

Bekas pemain tengah Perancis, Samir Nasri berkata keputusan untuk menyertai bekas rakan sepasukannya dari Manchester City, Vincent Kompany di Anderlecht adalah untuk ‘menjadi peran contoh kepada generasi muda.’

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemain Perancis Samir Nasri ingin jadi 'peran contoh’ kepada pemain muda

Samir Nasri akui berhasrat ikut jejak Kompany ke arena pengurusan. (Gambar: AFP/VIRGINIE LEFOUR)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 08:20AM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 08:24AM

BRUSSELS, Belgium: Bekas pemain tengah Perancis, Samir Nasri berkata keputusan untuk menyertai bekas rakan sepasukannya dari Manchester City, Vincent Kompany di Anderlecht adalah untuk ‘menjadi peran contoh kepada generasi muda.’

Pemain berusia 32 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas kontrak singkatnya bersama West Ham berakhir. Beliau menyertai kelab dari London itu pada Januari lalu setelah digantung selama 18 bulan selepas gagal ujian bahan terlarang dan membuat enam penampilan dan kali terakhir sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Huddersfield pada Mac.

Kompany, 33 tahun, kembali ke kelab pertama yang dianggotainya sebagai jurulatih. Beliau meninggalkan kelab berkenaan pada 2006 untuk beraksi di Jerman sebelum bermain lebih sedekad dalam Liga Perdana England.

Selain City dan West Ham, Nasri juga pernah beraksi bersama Arsenal dan Sevilla serta membuat 41 penampilan bersama skuad kebangsaan Perancis. Beliau digantung tiga perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis selepas menghina seorang wartawan berikutan penyingkiran Perancis oleh Sepanyol di Euro 2012 dan menggantung butnya dari pasukan kebangsaan dua tahun kemudian.

“Saya membuat beberapa kesilapan. Saya mempunyai karakter yang kental, mungkin itulah sebabnya anda banyak yang melihat perkara yang negatif di internet,” kata Nasri. “Wang bukan motivasi, ia adalah projek sukan, dan paling penting saya dapat bekerja bersama seorang rakan," tambah Nasri.

Nasri menandatangani perjanjian selama setahun dengan pilihan musim kedua turut ditawarkan dan mengakui berhasrat mengikuti jejak Kompany ke arena pengurusan.

Nasri berkata selepas bergelar bapa pada tahun lalu, beliau berubah menjadi ‘lebih matang’ dan ini menyebabkannya mahu berkongsi pengalamannya dengan orang lain.

“Saya mahu menyumbang kembali apa yang sudah saya pelajari,” katanya. “Saya mahu kekal di Eropah dengan projek yang saya rasa menarik dan berbeza.” 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan