Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas pemain bola sepak M'sia Wan Hassan Wan Ibrahim meninggal dunia

Bekas pemain bola sepak Malaysia, Wan Hassan Wan Ibrahim, meninggal dunia petang semalam (17 Apr) di rumahnya di Kampung Cherang, Kota Bharu, akibat kegagalan fungsi paru-paru.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemain bola sepak M'sia Wan Hassan Wan Ibrahim meninggal dunia

Allahyaraham Wan Hassan Wan Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 08:03PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 08:05PM

KOTA BHARU: Bekas pemain bola sepak Malaysia, Wan Hassan Wan Ibrahim, meninggal dunia petang semalam (17 Apr) di rumahnya di Kampung Cherang, Kota Bharu, akibat kegagalan fungsi paru-paru.

Jenazah Allahyarham, 68 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang pagi tadi (18 Apr).

Anak bongsu Allahyarham, Wan Fadhilah, 38 tahun, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.30 petang semalam setelah dua tahun menderita lumpuh separuh badan.

“Doktor mengesahkan paru-paru ayah tidak berfungsi dengan baik dan tersumbat dengan kahak yang banyak,” kata Fadhilah ketika ditemui di rumahnya.

Wan Hassan lumpuh separuh badan sejak pertengahan 2017. Tahap kesihatannya mulai merosot dan tubuh badan juga susut sedari awal tahun ini.

Allahyarham memulakan kerjaya dalam arena bola sepak ketika berusia 16 tahun selepas beliau mewakili Kelantan untuk skuad Piala Burnley pada 1968.

Kelincahannya selaku perancang di bahagian tengah membolehkan beliau diserapkan ke dalam skuad Piala Malaysia pada 1970 sebelum dipilih menyertai skuad Malaysia B pada pertandingan Pestabola Merdeka setahun kemudian.

Pada 1972 pula, Allahyarham dipilih menyertai skuad utama Malaysia bagi kejohanan Piala Raja Thailand di Bangkok serta kelayakan Piala Dunia 1972 termasuk mencatatkan keputusan seri ketika berdepan Korea Selatan di Seoul.

Setelah bersara pada 1980, beliau dilantik selaku pengurus pasukan Kelantan buat dua tahun. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan