Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas pemain bola sepak antarabangsa M'sia Ramli Abdullah meninggal dunia

Bekas pemain bola sepak Kelantan dan kebangsaan era 80-an, Ramli Abdullah meninggal dunia pada usia 68 tahun di kediamannya jam 11.30 pagi Jumaat (22 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemain bola sepak antarabangsa M'sia Ramli Abdullah meninggal dunia

Bekas pemain bola sepak Kelantan dan kebangsaan era 80-an, Ramli Abdullah. (Gambar: Kelantan FA Official/Twitter)

Diterbitkan : 22 Nov 2019 08:37PM Dikemas Kini : 22 Nov 2019 08:38PM

KOTA BHARU: Bekas pemain bola sepak Kelantan dan kebangsaan era 80-an, Ramli Abdullah meninggal dunia pada usia 68 tahun di kediamannya jam 11.30 pagi Jumaat (22 Nov).

Pegawai Media Persatuan Bekas-bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Era 80-an (Era80) Padli Salleh berkata Allayarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Laut, Tumpat, akibat sakit jantung.

"Allahyarham pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan di kejohanan Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, pada 1978 dan bermain di posisi sayap kiri.

"Allahyarham diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu," kata Encik Padli ketika dihubungi wartawan hari ini.

Encik Padli berkata antara rakan pasukan yang pernah bermain bersama Allahyarham ialah Affendi Yusoff, Mohd Hashim Mustafa, Zahasmi Ismail, Salim Mahmud, Irfan Bakti Abu Salim, Abdul Hamid Ramli, Nik Salleh Nik Man, Allahyarham Mahadi Yusof, Yassin Mohd Noor dan ramai lagi.

Beliau berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut selepas Asar tadi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemergian Allayarham satu kehilangan besar kepada bola sepak negara khususnya Kelantan.

"Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allayarham yang membantu menyumbang idea kepada bola sepak Kelantan, sama ada secara langsung atau tidak," ujar beliau.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan