Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas ketua UEFA Michel Platini disoal siasat berhubung Piala Dunia Qatar

Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini, ditahan untuk disoal siasat oleh polis Perancis pada Selasa (18 Jun) berhubung pemilihan Qatar sebagai negara tuan rumah bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022. Demikian menurut seorang sumber kehakiman kepada Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas ketua UEFA Michel Platini disoal siasat berhubung Piala Dunia Qatar

Michel Platini (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 11:30PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 11:48PM

PARIS: Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini, ditahan untuk disoal siasat oleh polis Perancis pada Selasa (18 Jun) berhubung pemilihan Qatar sebagai negara tuan rumah bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022. Demikian menurut seorang sumber kehakiman kepada Reuters.

Peguam Platini, William Bourdon, setakat ini belum dapat memberikan ulasan. Penahanan bekas bintang bola sepak itu pertama kali dilaporkan oleh laman web siasatan Perancis, Mediapart.

Pejabat pendakwa kewangan nasional Perancis, yang memberi tumpuan khusus kepada siasatan jenayah ekonomi dan rasuah, memimpin siasatan terhadap pemlihan negara Teluk itu sejak 2016.

Pihaknya sedang meneliti kemungkinan berlaku kesalahan melibatkan rasuah privet, konspirasi dan salah guna pengaruh.

UEFA enggan memberi komen, manakala para pegawai dari jawatankuasa penganjur Qatar belum dapat dihubungi.

Keputusan pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 yang dibuat pada Disember 2010 membuat ramai pihak terkejut. Ini kerana kurangnya penonton tempatan yang berpotensi menonton acara itu, cuaca panas terik serta prestasi buruk skuad negara tersebut. Qatar akan menjadi negara Arab pertama yang menjadi tuan rumah perlawanan itu.

Akhbar Le Monde melaporkan bahawa pihak pendakwa secara khususnya sedang menyiasat acara makan tengah hari yang dianjurkan presiden Perancis ketika itu, Nicolas Sarkozy, sembilan hari sebelum undi yang memberi hak tuan rumah kepada Qatar. Platini dan Sheikh Tamim Ben Hamad Al Thani, yang merupakan perdana menteri Qatar ketika itu dan kini menjadi emir negara, adalah tetamu semasa makan tengah hari itu.

Platini sejak itu mengakui bahawa beliau menyokong Qatar berbanding pesaing dari Amerika Syarikat dalam undian beliau, tetapi bertegas Encik Sarkozy "tidak pernah menyuruhnya" berbuat demikian, lapor akhbar itu.

Platini merupakan pemain penyerang yang terkenal, pada tahun-tahun 1970-an hingga 1980-an, sebahagian besarnya bagi pasukan Saint-Etienne di Perancis dan Juventus di Itali. Beliau beraksi dalam tiga kejuaraan dunia dan menjadi kapten yang memimpin skuad negaranya ke peringkat separuh akhir pada kejuaraan 1982 dan 1986.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan