Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas jaguh renang Olimpik AS terbabit rusuhan bangunan Capitol

Bekas perenang Amerika Syarikat, Klete Keller, yang memenangi dua pingat emas Sukan Olimpik semasa berpasukan bersama jaguh renang Michael Phelps, dikenal pasti sebagai salah seorang penyokong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyerbu bangunan Capitol pada minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas jaguh renang Olimpik AS terbabit rusuhan bangunan Capitol

(Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 12:43PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 12:48PM

WASHINGTON: Bekas perenang Amerika Syarikat, Klete Keller, yang memenangi dua pingat emas Sukan Olimpik semasa berpasukan bersama jaguh renang Michael Phelps, dikenal pasti sebagai salah seorang penyokong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyerbu bangunan Capitol pada minggu lalu, menurut beberapa laporan media.

Laman berita sukan renang SwimSwam turut melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12 individu yang berkecimpung dalam sukan itu mengenal pasti seorang lelaki tinggi lampai yang memakai jaket pasukan Olimpik Amerika dalam bangunan itu sebagai Keller setelah menonton semula rakaman video dan petikan skrin rusuhan yang berlaku di bangunan tersebut.

USA Swimming bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons apabila ditanya sama ada pihaknya dapat mengesahkan sama ada Keller adalah sebahagian daripada penyokong Trump yang memasuki bangunan tersebut sedang para penggubal undang-undang memulakan proses bagi mengesahkan kemenangan anggota Parti Demokrat Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden pada 3 Nov lalu.

Percubaan untuk menghubungi Keller juga gagal.

Dalam salah sebuah video yang dirakam oleh seorang wartawan dari media konservatif Townhall, seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Keller dilihat dalam kalangan para penunjuk perasaan yang cuba diusir oleh para pegawai polis.

Swimming World juga menyatakan bahawa ia mengesahkan dengan beberapa sumber bahawa Keller dilihat di bangunan Capitol sambil menambah bahawa video-video itu tidak menunjukkan sebarang tindakan ganas oleh Keller.

Menurut akhbar New York Times, Keller sudah memadamkan kesemua akaun media sosialnya. Menurut akhbar itu lagi, sebilangan catatannya di lelaman media sosial mengandungi mesej-mesej pro-Trump sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan