Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas bintang Arsenal Jose Antonio Reyes maut dalam kemalangan kereta

Bekas bintang Arsenal, Real Madrid dan Sepanyol, Jose Antonio Reyes, maut akibat kemalangan kereta. Demikian menurut kelab tempat kelahirannya, Sevilla, pada Sabtu (1 Jun). Beliau berusia 35 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas bintang Arsenal Jose Antonio Reyes maut dalam kemalangan kereta

Bekas pemain bola sepak Arsenal, Real Madrid dan Sepanyol, Jose Antonio Reyes. (Gambar: Ander GILLENEA/AFP)

Diterbitkan : 02 Jun 2019 04:47PM Dikemas Kini : 02 Jun 2019 04:49PM

MADRID: Bekas bintang Arsenal, Real Madrid dan Sepanyol, Jose Antonio Reyes, maut akibat kemalangan kereta. Demikian menurut kelab tempat kelahirannya, Sevilla, pada Sabtu (1 Jun).

Beliau berusia 35 tahun.

Reyes, yang mencipta nama di Sevilla sebelum berhijrah ke Arsenal kemudian ke Real dan Atletico Madrid, kini bersama kelab divisyen dua Sepanyol iaitu Extremadura.

“Kami mengesahkan berita paling buruk. Bintang disayangi Sevilla, Jose Antonio Reyes meninggal dunia dalam kemalangan. Bersemadi dengan aman,” menurut kenyataan Sevilla menerusi Twitter.

Extremadura juga mengumumkan berita sama.

Kelab berkenaan menyatakan: “Dengan dukacita kami umumkan berita kematian pemain kami Jose Antonio Reyes yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta dan kami harap anda berdoa untuknya."

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan