Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Beijing, Shanghai antara 10 bandar jadi tuan rumah Piala Asia 2023; kini genggam tekad hos Piala Dunia

Beijing dan Shanghai dalam kalangan 10 bandar China yang akan menjadi tuan rumah bagi Piala Asia 2023, menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Sabtu (28 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Beijing, Shanghai antara 10 bandar jadi tuan rumah Piala Asia 2023; kini genggam tekad hos Piala Dunia

Acara pembukaan Bola Sepak Piala Asia 2019 disambut meriah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Dec 2019 02:33PM Dikemas Kini : 28 Dec 2019 02:37PM

MUMBAI: Beijing dan Shanghai dalam kalangan 10 bandar China yang akan menjadi tuan rumah bagi Piala Asia 2023, menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Sabtu (28 Dis).

Kesungguhan China untuk membuktikan keupayaannya selaku tuan rumah bagi Piala Dunia pada masa hadapan menerima satu suntikan apabila persatuan bola sepak China (CFA) diberikan hak untuk menjadi hos kejohanan itu semasa satu kongres luar biasa AFC di Paris pada Jun lalu.

China, yang akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut untuk kali kedua selepas 2004, adalah dalam kalangan empat negara yang pada awalnya membida untuk menghoskan pertandingan melibatkan 24 pasukan itu. Korea Selatan, Indonesia dan Thailand juga menyerahkan bidaan mereka sebelum menarik diri.

Tianjin, Chongqing, Chengdu, Xi'an, Dalian, Qingdao, Xiamen dan Suzhou akan menjadi bandar-bandar tuan rumah lain bagi edisi ke-18 pertandingan utama benua tersebut yang bakal diadakan pada Jun serta Julai 2023.

Pertandingan tersebut akan memberikan China peluang untuk menonjolkan keupayaannya menjadi tuan rumah bagi acara utama bola sepak. Ini menjadi kenyataan setelah beberapa tahun Presiden Xi Jinping mengisytiharkan keinginannya untuk melihat negara tersebut akhirnya menjadi hos bagi kejohanan Piala Dunia.

Disebabkan itu, pelaburan dalam bidang sukan di China melonjak sepanjang enam tahun lalu sejak Xi - seorang peminat tegar bola sepak - mula berkuasa walaupun nasib pasukan negaranya masih ketinggalan di belakang negara-negara terkemuka di Asia.

China pernah melayakkan diri untuk bertanding dalam Piala Dunia namun hanya buat sekali sehaja pada 2002 dan belum pernah memenangi Piala Asia. Kali terakhir ia sampai ke perlawanan akhir adalah pada 2004 di padang sendiri. Ia tersingkir semasa suku akhir Piala Asia 2019 di tangan Iran pada Januari lalu. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan