Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Beijing mula beri dos ketiga vaksin COVID-19 jelang Sukan Olimpik Musim Sejuk

Beijing mula menawarkan dos perangsang vaksin COVID-19 kepada para penduduk, lapor media tempatan pada Rabu (20 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Beijing mula beri dos ketiga vaksin COVID-19 jelang Sukan Olimpik Musim Sejuk

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 09:56AM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 09:58AM

BEIJING: Beijing mula menawarkan dos perangsang vaksin COVID-19 kepada para penduduk, lapor media tempatan pada Rabu (20 Okt).

Ini sedang ibu negara China itu bersiap sedia untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dikawal ketat pada Februari depan.

Lebih satu bilion penduduk China sudah lengkap divaksin - iaitu lebih 78 peratus penduduknya, setakat pertengahan September lalu, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional.

Namun terdapat keprihatinan berhubung keberkesanan vaksin-vaksin dari China terhadap varian Delta.

COVID-19 pertama kali dikesan di bandar Wuhan pada lewat 2019 dan sejak itu ia menular ke seluruh dunia. Namun, sebahagian besar daripada sekatan sempadan yang ketat berhasil mengawal jumlah kes harian di China kepada hanya segelintir sahaja.

Dos perangsang akan ditawarkan kepada para penduduk berusia 18 tahun dan ke atas yang sudah lengkap divaksin selama sekurang-kurangnya enam bulan, menurut laporan Beijing News.

Langkah itu dibuat sedang Beijing membuat persiapan sebagai tuan rumah temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk di bawah langkah-langkah ketat di mana para atlit akan menginap dan bersaing dalam "gelung tertutup" dan hanya penonton dari China saja yang dibenarkan untuk menonton acara-acara sukan yang diadakan.

Para atlit juga harus lengkap divaksin atau mereka perlu menjalani kuarantin 21 hari sebelum dibenarkan memasuki China.

Para pakar kesihatan China berkata negara itu perlu mencapai tahap perlindungan vaksinasi sebanyak 85 peratus untuk meraih imuniti kelompok - satu sasaran yang pihak berkuasa berharap boleh dicapai menjelang hujung tahun ini.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan