Images
  • chelsea fc
    Liga Perdana - Chelsea menentang Wolverhampton Wanderers. (Gambar: REUTERS)

Beberapa pemain Chelsea diuji positif COVID-19

REUTERS: Beberapa pemain Chelsea belum pulang bagi latihan pra-musim selepas diuji positif COVID-19, menurut laporan media Britain.

Laporan-laporan bagaimanapun tidak menyatakan nama-nama pemain berkenaan dan Chelsea tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mengulas perkara itu.

Para pemain yang diuji positif perlu mengasingkan diri mereka selama 10 hari dan ujian dilakukan mesti menunjukkan keputusan negatif sebelum mereka boleh menyertai latihan.

Sheffield United, Brighton & Hove Albion dan West Ham United adalah dalam kalangan kelab Liga Perdana lain yang melaporkan kes-kes positif COVID-19 sejak beberapa minggu lalu, menurut Times.

Pasukan Frank Lampard, yang menduduki tangga keempat pada musim lalu, melancarkan kempennya menentang Brighton pada 14 Sep. 

- REUTERS/FZ/fz

Top