Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bayern Munich tewaskan pencabar Borussia Dortmund 5-0

Bayern Munich membelasah Borussia Dortmund 5-0 untuk kembali ke tangga teratas liga dalam perlawanan sukan bola sepak Bundesliga Jerman.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayern Munich tewaskan pencabar Borussia Dortmund 5-0

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Apr 2019 08:00PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 08:04PM

JERMAN: Bayern Munich membelasah Borussia Dortmund 5-0 untuk kembali ke tangga teratas liga dalam perlawanan sukan bola sepak Bundesliga Jerman.

Mats Hummels membuka tirai jaringan pada minit ke-10.

Hanya tujuh minit kemudian, Robert Lewandowski pula menambah jaringan menjadi 2-0.

Setelah itu, gol jaringan Javi Martinez dan Serge Gnabry meletakkan Bayern dalam kedudukan selesa empat gol tanpa balas.

Dalam babak kedua, Lewandowski menghasilkan gol kelima Bayern dan sekali gus gol ke-200 beliau dalam Bundesliga.

Kemenangan 5-0 Bayern itu hanya meletakkannya satu mata di hadapan pencabar terdekatnya, Dortmund, dengan baki enam perlawanan sebelum tamat musim ini. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan