Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Barcelona sahkan Suarez alami cedera semasa pembukaan La Liga

Penyerang Barcelona Luis Suarez mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan semasa perlawanan pembukaan La Liga pada Jumaat (16 Ogos), apabila pasukannya kalah di tangan Athletic Bilbao.

Anggaran Waktu Membaca:
Barcelona sahkan Suarez alami cedera semasa pembukaan La Liga

Luis Suarez kelihatan alami kecederaan (Gambar: AFP/Ander Gillenea)

Diterbitkan : 17 Aug 2019 08:24PM Dikemas Kini : 17 Aug 2019 08:28PM

MADRID: Penyerang Barcelona Luis Suarez mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan semasa perlawanan pembukaan La Liga pada Jumaat (16 Ogos), apabila pasukannya kalah di tangan Athletic Bilbao.

Berita itu disahkan juara Sepanyol itu setelah Suarez dilihat berjalan terhincut-hincut keluar padang pada minit ke-37 menyertai Lionel Messi di San Mames. Kecederaannya bermakna Barca kini beraksi tanpa dua penyerang unggulnya.

Messi awal bulan ini mengalami kecederaan pada bahagian betis semasa latihan dan diisystihar tidak bersedia untuk perlawanan kali ini.

Barcelona tidak mendedahkan berapa lamakah Suarez terpaksa terlepas permainan, selain sekadar menyatakan pada Sabtu bahawa pemain itu cedera di bahagian "kaki kanan" dan keupayaannya bermain bergantung pada berapa cepat dia pulih.

Pemain Uruguay itu pada Jumaat digantikan oleh pemain baru Antoine Griezmann. Namun pemain veteran Bilbao Aritz Aduriz menyerlah di padang untuk meraih kemenangan 1-0 bagi pasukannya.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan