Images
  • barca
    Quique Setien. (Gambar: AFP)

Barcelona pecat Setien, Koeman dijangka ambil alih

MADRID: Barcelona memecat Quique Setien selaku jurulatih kelab itu pada Isnin (17 Ogos) dengan Ronald Koeman menjadi pilihan utama menggantikannya.

"Jurulatih baru akan diumumkan beberapa hari lagi sebagai sebahagian daripada penyusunan besar-besaran pasukan utama," menurut Barca menerusi Twitter.

Setien hanya dilantik Januari lalu tetapi terpaksa menanggung akibatnya selepas Barca menyerahkan gelaran La Liga kepada Real Madrid dan kemudian dimalukan Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara.

Pemecatan jurulatih itu dimuktamadkan ketika mesyuarat tergempar di Camp Nou, yang berlangsung hampir enam jam.

Koeman juga muncul sebagai jurulatih pliihan untuk menggalas tanggungjawab itu.

Kelab itu juga mengumumkan pemilihan presiden tahun depan yang dijadualkan pada Jun akan dipercepatkan kepada 15 Mac.

- AFP/NA/na

Top