Images
  • soccer (3)
    Arthur Melo (kiri) dan Miralem Pjanic. (Gambar: AFP)

Barcelona, Juventus sahkan tukar Arthur, Pjanic

MADRID: Pemain tengah Barcelona Arthur Melo akan menyertai Juventus pada akhir musim ini, dalam satu pertukaran dengan Miralem Pjanic, umum kedua-dua kelab itu.

Barcelona menyatakan mereka membayar 60 juta euro (S$94 juta) dan mungkin tambahan lima juta euro (S$7.83 juta) sebagai bonus untuk pemain Bosnia, Pjanic selepas mengesahkan Juventus akan membayar 72 juta euro (S$113 juta) untuk Arthur.

Kedua-dua perjanjian itu dilakukan secara berasingan, sekali gus membolehkan kedua-dua kelab menambah keuntungan mereka untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun.

Kontrak empat tahun Pjanic termasuk klausa pelepasan 400 juta euro (S$627 juta) manakala Juventus menyatakan kontrak Arthur adalah sehingga Jun 2025.

Arthur dan Pjanic akan kekal dengan pasukan sedia ada sehingga akhir kempen 2019-20, dan mungkin akan bertembung di peringkat kemudian Liga Juara-Juara pada Ogos.

"Kami menjangkakan komitmen penuh daripadanya sehingga hari terakhirnya di sini.

"Beliau masih pemain Barcelona sehingga akhir musim ini dan beliau berjanji akan memberikan yang terbaik untuk mencapai matlamat yang kami tetapkan," kata pengurus Barcelona Quque Setien.

- AFP/NA/na

Top