Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bapa Joseph Schooling meninggal dunia pada usia 73 tahun

Colin Schooling, bapa kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Joseph Schooling, meninggal dunia hari ini (18 Nov) pada usia 73 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa Joseph Schooling meninggal dunia pada usia 73 tahun

Colin Schooling (paling kanan) meninggal dunia pada usia 73 tahun. (Gambar: Facebook/Joseph Isaac Schooling)

Diterbitkan : 18 Nov 2021 05:46PM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 05:48PM

SINGAPURA: Colin Schooling, bapa kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Joseph Schooling, meninggal dunia hari ini (18 Nov) pada usia 73 tahun.

Sepanjang beberapa bulan yang lalu, Colin menjalani rawatan bagi penyakit barah.

"Reginald Colin Schooling meninggal dunia hari ini di Hospital Besar Singapura (SGH) dengan keluarga tersayang di sisinya," menurut jurucakap keluarga Schooling.

"Colin adalah gergasi dalam kalangan lelaki. Mendiang adalah seseorang yang suka berterus terang. Kami akan sangat merinduinya. Keluarga mendiang ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan kata-kata yang menenangkan hati sepanjang tempoh yang mencabar ini.

"Kami dengan hormatnya menghargai privasi yang diberikan kepada keluarga kami sepanjang tempoh ini."

Dalam catatan Facebooknya, Persatuan Sukan Renang Singapura (SSA) menyifatkan Colin sebagai "penyokong kuat ekosistem sukan renang tempatan".

"Colin juga seorang penyokong kuat SSA dan ekosistem sukan renang di Singapura dan memainkan peranan penting dalam perjalanan Joseph menjadi pemenang pingat emas Sukan Olimpik yang pertama bagi Singapura dan satu-satunya pemenang pingat emas buat masa ini di Singapura," tulis SSA.

"Ingatan dan doa kami ditujukan kepada keluarga dan saudara-mara keluarga mendiang."

Colin dan isterinya May, memainkan peranan penting dalam perjalanan Joseph mencapai kecemerlangan yang menyaksikannya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik Rio pada 2016.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan