Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bapa bintang MMA Khabib Nurmagomedov meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19

Bapa dan bekas jurulatih kepada bintang seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov meninggal dunia pada usia 57 tahun setelah dijangkiti virus korona, kata pemimpin Republik Chechen Ramzan Kadyrov pada Jumaat (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa bintang MMA Khabib Nurmagomedov meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 04 Jul 2020 08:55AM Dikemas Kini : 04 Jul 2020 09:31AM

MOSCOW: Bapa dan bekas jurulatih kepada bintang seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov meninggal dunia pada usia 57 tahun setelah dijangkiti virus korona, kata pemimpin Republik Chechen Ramzan Kadyrov pada Jumaat (3 Jul).

"Saya menerima berita dukacita, teman-teman, bahawa Abdulmanap Nurmagomedov telah meninggal dunia," kata Encik Kadyrov melalui wadah pesanan Telegram, sambil berkata beliau mengutuskan ucap takziah bagi pihak "seluruh warga Chechen".

Bapa kepada atlit MMA itu pertama kali dimasukkan ke hospital pada April lalu di kampung halamannya di daerah Caucasus Utara di Dagestan dan kemudian dipindahkan ke sebuah klinik di Moscow.

Khabib Nurmagomedov, bintang 'lightweight' UFC 31 tahun, pada Mei lalu menggesa para penduduk di Dagestan, salah sebuah daerah paling terjejas teruk oleh pandemik itu, untuk "bersikap berdisiplin" dan "mendengar kata doktor kita".

View this post on Instagram

Father.

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Minggu ini, beliau memuat naik di Instagram gambar bapanya memakai pakaian sukan ketika di satu sesi latihan dengan kapsyen "Bapa" diiringi para pengikut akaun Instagramnya yang berkata mereka akan mendoakan beliau sembuh.

Seminggu lalu, Khabib berkata dalam satu wawancara bersama sebuah stesen televisyen Rusia bahawa bapanya sudah bebas daripada jangkitan virus itu namun masih dirawat di unit jagaan rapi kerana mengalami kerosakan pada ginjal dan jantungnya. Menurutnya lagi, beliau menziarahi bapanya setiap hari meskipun bapanya tidak dapat bercakap dengannya.

Khabib dijadualkan mengadakan sidang media pada Sabtu (4 Jul) yang kini sudah pun dibatalkan.

Allahyarham Abdulmanap Nurmagomedov melatih beberapa juara dalam sukan judo dan seni bela diri Rusia iaitu sambo.

Beliau mula melatih anaknya dalam sukan seni bela diri sejak usia tiga tahun, lapor akhbar tabloid Komsomolskaya Pravda.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan