Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Baihakki Khaizan sertai pasukan Liga Perdana Thailand Trat FC

Pemain pertahanan kebangsaan, Baihakki Khaizan menandatangani kontrak setahun dengan kelab bola sepak Liga Perdana Thailand, Trat FC. Demikian diumumkan oleh Baihakki sendiri di akaun Instagram miliknya pada Jumaat (11 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Baihakki Khaizan sertai pasukan Liga Perdana Thailand Trat FC

Baihakki Khaizan. (Gambar: i.am.baihakki/Instagram)

SINGAPURA: Pemain pertahanan kebangsaan, Baihakki Khaizan menandatangani kontrak setahun dengan kelab bola sepak Liga Perdana Thailand, Trat FC. Demikian diumumkan oleh Baihakki sendiri di akaun Instagram miliknya pada Jumaat (11 Jan).

Tahun lalu, Baihakki menyarung jersi Muangthong United - salah sebuah kelab terhandal di Thailand yang merupakan naib johan Liga Perdana Thailand pada musim 2017.

Sebelum itu, pemain berpengalaman itu juga pernah mewakili pasukan-pasukan bola sepak Persib Bandung di Indonesia dan Johor Darul Takzim di Malaysia.

"Ini adalah pencapaian besar bagi saya, memandangkan usia saya dalam bidang bola sepak," kata Baihakki seperti ditukil oleh Fox Sports Asia.

Fox Sports Asia melaporkan bahawa Baihakki, yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-35 pada hujung Januari ini, berharap langkahnya ini akan memberi galakan kepada para pemain bola sepak tempatan, terutamanya yang menjangkau usia tamat kerjaya mereka.

Menurut Fox Sports Asia, bekas pemain pertahanan Incheon United Kim Gyeong-min, Bireme Diouf, Lonsana Doumbouya and Adefolarin Durosinmi juga akan menyertai Trat. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan