Images
  • badminton
    Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew. (Gambar: Petikan gambar daripada YouTube/BadmintonWorld.tv)

Badminton Thai Masters: Pemain S'pura tewaskan juara Olimpik China Lin Dan

SINGAPURA: Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew menewaskan juara Olimpik sebanyak dua kali, Lin Dan 21-19, 21-18 untuk menjuarai Kejohanan Thailand Masters pada Ahad (13 Jan).

Meskipun menduduki tangga ke-125 dalam senarai pemain dunia, Loh 21 tahun mempamerkan prestasi yang cemerlang untuk menewaskan pilihan pertama dalam kejohanan itu.

Dengan kemenangan itu, Loh membawa pulang cek bernilai AS$11,250 (S$15,000).

Pertarungan dengan Lin adalah yang pertama buat Loh.

Jaguh badminton yang berasal dari China itu kini menduduki tangga ke-13 dalam senarai pemain dunia. 

- CNA/NA/na

Top