Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Badminton: Pemain S'pura Yeo Jia Min kalahkan pemain No 1 dunia Akane Yamaguchi

Pemain badminton negara Yeo Jia Min mengalahkan pemain nombor satu dunia Akane Yamaguchi untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga Kejuaraan Dunia BWF di Basel, Switzerland pada Selasa (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Badminton: Pemain S'pura Yeo Jia Min kalahkan pemain No 1 dunia Akane Yamaguchi

Pemain badminton Singapura Yeo Jia Min (Gambar: Georgios Kefalas/Keystone via AP)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 01:48PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 01:56PM

SINGAPURA: Pemain badminton negara Yeo Jia Min mengalahkan pemain nombor satu dunia Akane Yamaguchi untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga Kejuaraan Dunia BWF di Basel, Switzerland pada Selasa (20 Ogos).

Pemain berusia 20 tahun itu mengalahkan pemain Jepun itu dalam dua set berturut-turut 21-14, 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung selama 40 minit.

Yeo, yang menduduki tempat ke-32 dalam ranking sedunia, memberitahu Mediacorp beliau gembira dengan keputusan itu dan "lebih terdorong untuk terus bertarung" dalam perlawanan masa depan.

Beliau akan berdepan dengan Thi Trang Vu dari Vietnam, yang memerlukan tiga set untuk mengalahkan pemain Denmark Line Hojmark Kjaersfeldt 21-19, 13-21, 21-11 dalam pusingan kedua.

Trang Vu, yang menduduki tangga ke-74 dunia, mengambil masa satu jam dua minit untuk mengalahkan pemain nombor 17 dunia, Kjaersfeldt.

Yeo memenangi kejuaraan pertamanya dalam tahun ini pada awal bulan ini setelah memenangi Kejuaraan Terbuka Hyderabad dalam perlawanan perseorangan wanita.

Sumber : CNA/AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan