Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Badminton: Pemain S'pura Loh Kean Yew kejutkan jaguh dunia di Terbuka Indonesia

Pemain badminton negara Loh Kean Yew mengejutkan pemain nombor 1 dunia Kento Momota, yang juga pemain pilihan utama kejuaraan Terbuka Indonesia pada Khamis (25 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Badminton: Pemain S'pura Loh Kean Yew kejutkan jaguh dunia di Terbuka Indonesia

Gambar fail pemain badminton negara Loh Kean Yew beraksi di Olimpik Tokyo pada 2021 (Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 25 Nov 2021 10:23PM Dikemas Kini : 25 Nov 2021 10:30PM

SINGAPURA: Pemain badminton negara Loh Kean Yew mengejutkan pemain nombor 1 dunia Kento Momota, yang juga pemain pilihan utama kejuaraan Terbuka Indonesia pada Khamis (25 Nov).

Loh mengalahkan pemain Jepun itu 21-7, 17-21, 21-19 dalam pertembungan menggigit jari untuk melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan. Ini adalah kemenangan pertama Loh mengatasi Momota.

Loh adalah pemain ke-26 dunia. Dia selepas ini akan berdepan dengan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus.

Warga Singapura itu menunjukkan prestasi yang baik sejak kebelakangan ini selepas menjulang gelaran Super 500 Jelajah Dunia BWF pertama dalam kerjayanya awal bulan ini. Loh juga merangkul mahkota Terbuka Belanda pada Oktober.

Awal hari ini rakan senegara Loh, Yeo Jia Min mempamerkan aksi bersemangat menentang pemain Jepun Akane Yamaguchi namun kecundang di tangan pemain nombor tiga dunia itu.

Yamaguchi menang 21-15, 19-21, 21-14.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan