Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Badminton: Loh Kean Yew raih perak setelah kecundang dalam final Sukan SEA

Penantian Singapura bagi pingat emas untuk acara badminton lelaki perseorangan diteruskan setelah Loh Kean Yew kalah 18-21, 18-21 di tangan peserta Malaysia Lee Zii Jia di Kompleks Sukan Muntinlupa di Manila pada Isnin (9 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Badminton: Loh Kean Yew raih perak setelah kecundang dalam final Sukan SEA

Loh Kean Yew beraksi semasa perlawanan akhir badminton di Sukan SEA pada 9 Dis 2019 (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 09 Dec 2019 04:56PM Dikemas Kini : 09 Dec 2019 04:59PM

NEW CLARK CITY: Penantian Singapura bagi pingat emas untuk acara badminton lelaki perseorangan diteruskan setelah Loh Kean Yew kalah 18-21, 18-21 di tangan peserta Malaysia Lee Zii Jia di Kompleks Sukan Muntinlupa di Manila pada Isnin (9 Dis).

Lee, pemain ranking 14 di dunia, membuktikan dirinya jauh lebih handal bagi Loh, 22 tahun, yang kini di ranking ke-30 dunia.

Loh menempah tempat ke perlawanan akhir setelah mengalahkan pemain pilihan utama dari Thailand, Kantaphon Wangcharoen 16-21, 21-6, 21-9 pada Ahad.

Beliau adalah pemain badminton lelaki Singapura pertama yang sampai ke peringkat akhir Sukan SEA bagi acara perseorangan sejak 2007.

Kali terakhir Singapura meraih pingat emas bagi acara perseorangan lelaki adalah apabila Wong Shoon Keat menang di gelanggang sendiri pada 1983.

Terus ikuti liputan meluas prestasi para atlit Singapura di Sukan SEA di empat saluran siaran langsung Toggle Mediacorp.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan