Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Badminton: Lin Dan rangkul kejohanan Terbuka Malaysia buat kali kedua

Pemain badminton legenda dari China, Lin Dan, menjuarai acara perseorangan lelaki di Terbuka Malaysia buat kali kedua, setelah berjaya menewaskan Chen Long dalam perlawanan peringkat akhir hari ini (7 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Badminton: Lin Dan rangkul kejohanan Terbuka Malaysia buat kali kedua

Pemain badminton legenda dari China, Lin Dan. (Gambar: _lin_dan/Instagram)

Diterbitkan : 07 Apr 2019 06:10PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 06:16PM

KUALA LUMPUR: Pemain badminton legenda dari China, Lin Dan, menjuarai acara perseorangan lelaki di Terbuka Malaysia buat kali kedua, setelah berjaya menewaskan Chen Long dalam perlawanan peringkat akhir hari ini (7 Apr).

Juara Olimpik sebanyak dua kali itu, disokong oleh hampir 3,000 peminat badminton, bagaimanapun perlu berhempas pulas sebelum akhirnya menang 9-21, 21-17, 21-11.

Dengan kemenangan itu, Lin Dan membawa pulang hadiah wang bernilai AS$49,000 (S$66,000).

Jaguh dan legenda badminton dari Malaysia, Lee Chong Wei - yang juga merupakan 'musuh ketat' dalam gelanggang tetapi rakan baik Lin Dan di luar gelanggang - diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kemenangan itu.

Ini adalah kejohanan besar yang pertama berjaya dirangkul Lin Dan dalam tempoh dua tahun.

Kejuaraan utama terakhir beliau adalah semasa Kejohanan Terbuka Malaysia pada 2017 di mana beliau menewaskan Chong Wei 21-19, 21-14 pada peringkat akhir.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan