Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Badan global pertama e-sukan tubuh ibu pejabat di S'pura

Badan pentadbiran dunia bagi e-sukan dilancarkan pada Isnin (16 Dis) untuk membangunkan "kewibawaan dan taraf" sukan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Badan global pertama e-sukan tubuh ibu pejabat di S'pura

(Gambar: SGEA)

Diterbitkan : 17 Dec 2019 02:32PM Dikemas Kini : 17 Dec 2019 02:36PM

SINGAPURA: Badan pentadbiran dunia bagi e-sukan dilancarkan pada Isnin (16 Dis) untuk membangunkan "kewibawaan dan taraf" sukan tersebut.

Persekutuan Esports Global (GEF) yang menempatkan ibu pejabatnya di Singapura mempunyai tiga misi utama: Bekerjasama dan membangunkan e-sukan, bertindak sebagai wadah bagi pembangunan ekosistem berdaya tahan serta menjadi wakil dan badan pentadbiran bagi penyelarasan e-sukan antarabangsa, menurut kenyataan GEF.

Ia juga akan membangunkan dan mengadakan pertandingan E-sukan Global yang pertama tahun depan.

E-sports semakin mendapat tempat di arus perdana dunia sukan dengan kemunculannya yang pertama dalam Sukan SEA awal bulan ini. Ia adalah kali pertama pertandingan permainan online dianjurkan sebagai satu acara berpingat di sebuah pertandingan pelbagai sukan yang diiktiraf Olimpik.

Selain penganjuran acara utama temasya E-sukan Global, GEF bertujuan menggalakkan penubuhan persekutuan e-sukan di peringkat kebangsaan berdasarkan piawaian dan peraturan, menubuhkan suruhanjaya atlit dan membangunkan garis pandu dan struktur penyeliaan bertaraf dunia.

Badan antarabangsa baru itu diketuai oleh presiden Encik Chris Chan, yang juga memegang jawatan setiausaha agung Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

Keanggotaan persekutuan itu terbuka kepada persekutuan antarabangsa dan kebangsaan, penerbit, pembangun, penaja, penganjur acara, bandar-bandar serta badan bukan pemerintah lain.

Rakan pertamanya, diumumkan pada Isnin, adalah Tencent. Syarikat gergasi teknologi China itu adalah syarikat di sebalik permainan popular PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG) dan Call of Duty Mobile.

Naib presiden Tencent Edward Cheng pula akan memegang jawatan naib presiden GEF. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan