Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Australia kehilangan bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Verbeek

Bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Australia, Pim Verbeek, yang mengetuai kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan meninggal dunia pada usia 63 tahun pada Khamis (28 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Australia kehilangan bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Verbeek

Gambar fail Pim Verbeek. (Gambar: Suhaib Salem/Reuters)

Diterbitkan : 29 Nov 2019 10:39AM Dikemas Kini : 29 Nov 2019 10:43AM

SYDNEY: Bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Australia, Pim Verbeek, yang mengetuai kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan meninggal dunia pada usia 63 tahun pada Khamis (28 Nov).

Verbeek, yang pernah membimbing Korea Selatan selama dua tahun selepas membantu jurulatih warga Belanda, Guus Hiddink, dilantik mengetuai pasukan Socceroos selepas final Piala Asia 2007.

Di bawah kendaliannya, Australia muncul pasukan kedua yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 selepas Jepun dan menewaskan Serbia 2-1 dalam aksi terakhir mereka di pusingan akhir Piala Dunia itu.

"Kami merakamkan ucapan takziah kepada semua anggota bola sepak Australia khususnya kepada keluarga terdekat Pim Verbeek dalam saat sukar seperti ini,” kata Pengerusi Persekutuan Bolasepak Australia, Chris Nikou menerusi kenyataan.

"Pim meninggalkan legasinya dalam bola sepak Australia, dan diingati oleh mereka yang bekerjasama dengannya."

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan