Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit tunggang kuda S'pura buat penampilan sulung di Olimpik Tokyo 2020

Seorang penunggang kuda TeamSG akan membuat penampilan sulung di temasya Olimpik Tokyo pada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit tunggang kuda S'pura buat penampilan sulung di Olimpik Tokyo 2020

(Gambar: Facebook/Edwin Tong, Persekutuan Equestrian Singapura)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 08:06PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 08:52PM

SINGAPURA: Seorang penunggang kuda TeamSG akan membuat penampilan sulung di temasya Olimpik Tokyo pada bulan depan.

Cik Caroline Chew dan kudanya Tribiani akan mewakili Singapura dalam acara sukan berprestij itu, menurut catatan Facebook oleh Persekutuan Equestrian Singapura.

"Penunggang kuda Grand Prix kami Caroline Chew dan kudanya yang berusia 17 tahun, Tribiani akan membuat penampilan di Olimpik mewakili Singapura dalam sukan Olimpik Tokyo 2020!" menurut persekutuan itu pada Sabtu (19 Jun).

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong mengucapkan tahniah kepada Cik Chew.

"Tahniah kepada penunggang kuda Team Singapore Caroline Chew kerana mendapat tempat dalam Sukan Olimpik pada bulan depan!" kata Encik Tong dalam satu catatan Facebook.

Ini merupakan kali pertama Singapura akan bertanding dalam sukan menunggang kuda di Olimpik.

Cik Chew bersaing dalam acara perseorangan 'Dressage'.

"Acara itu akan menguji hubungan antara Caroline dan Tribiani, yang terjalin selama enam tahun," kata Encik Tong.

Menurut laman LinkedIn Cik Chew, beliau mewakili Singapura dalam acara menunggang kuda di peringkat antarabangsa. Cik Chew mewakili Singapura dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) pada 2007, 2013, 2015 dan 2017.

Sukan Olimpik Tokyo yang ditunda selama setahun kerana pandemik COVID-19, akan berlangsung pada 23 Julai. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan