Images
  • sg diver freida lim
    Gambar fail Freida Lim (Gambar: SNOC/Adrian Seetho)

Atlit S'pura Freida Lim hampir layak bagi sukan terjun cantik Sukan Olimpik

SINGAPURA: Atlit terjun cantik Freida Lim pada Selasa (4 Mei) melangkah setapak lagi untuk melayakkan diri bagi Sukan Olimpik, setelah menduduki tangga ke-11 di pertandingan kelayakan awal Platform 10 meter di temasya Piala Dunia Terjun Cantik FINA di Tokyo.

Lim mungkin akan menjadi atlit terjun cantik wanita Singapura yang pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Dia merupakan atlit terjun cantik kedua dalam sejarah Singapura yang layak selepas Jonathan Chan pada 2019.

Namun, penyertaan Lim di Sukan Olimpik bergantung kepada pengesahan Persekutuan Renang Antarabangsa, FINA pada Jun.

Pada Selasa, atlit berusia 23 tahun itu meraih 289.6 mata setelah lima terjunan dalam bahagian awal acara itu.

Ini bermakna dia layak ke peringkat separuh akhir yang ditandingi 18 orang dan dijadualkan diadakan esok.

Tujuh atlit terjun cantik Singapura kini bertanding di Jepun. 

- CNA/NA/tq

Top