Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit MMA Conor McGregor didenda lebih AS$1,000, dilarang memandu 6 bulan di Ireland

Bintang seni beladiri campuran (MMA), Conor McGregor dilarang memandu selama enam bulan dan dikenakan denda lebih AS$1,000 (S$1,372) kerana memandu melebihi had kelajuan di negaranya, Ireland.

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit MMA Conor McGregor didenda lebih AS$1,000, dilarang memandu 6 bulan di Ireland

Conor McGregor. (Gambar: thenotoriousmma/Instagram)

Diterbitkan : 01 Dec 2018 02:50PM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 02:56PM

IRELAND: Bintang seni beladiri campuran (MMA), Conor McGregor dilarang memandu selama enam bulan dan dikenakan denda lebih AS$1,000 (S$1,372) kerana memandu melebihi had kelajuan di negaranya, Ireland. Demikian menurut laporan RTE.

McGregor dihadapkan di Mahkamah Daerah Naas baru-baru atas tuduhan memandu melebihi had kelajuan, memandu tanpa lesen, gagal menunjukkan lesen di tempat kejadian dan di balai polis. Bekas juara UFC itu mengaku bersalah memandu pada kelajuan 154 kilometer sejam meskipun had kelajuan di kawasan itu hanya 100 kilometer sejam.

McGregor mengaku bersalah memandu dengan melebihi had kelajuan, dan tuduhan-tuduhan lain ditarik balik setelah disahkan bahawa dia sememangnya mempunyai lesen memandu. Dia turut meminta maaf di mahkamah, dengan berkata: "Saya tidak sedar saya memandu begitu laju," menurut laporan itu. Hakim Desmond Zaidan mendenda Conor sebanyak AS$1,128 (S$1,547) dan menggantung lesen memandunya selama enam bulan.

Semasa prosiding mahkamah itu, McGregor didapati mempunyai 12 kesalahan trafik, sepanjang 10 tahun termasuk memandu melebih had kelajuan, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu di laluan bas dan tidak berhenti di lampu merah.

McGregor turut mengaku di mahkamah dia perlu "memandu dengan lebih selamat" pada masa depan.

Atlit itu mengalami kekalahan dalam perebutan juara UFC299 baru-baru ini di tangan petarung Rusia Khabib Nurmagomedov, pertarungan MMA pertamanya selepas hampir dua tahun tidak beraksi.

Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor dikalahkan menerusi 'submission' (kuncian) 'rear naked choke' pada minit 3.03 pusingan keempat.

Kedua-duanya kini sedang menantikan keputusan Suruhanjaya Olahraga Nevada berhubung pergaduhan yang tercetus selepas pertarungan itu.  

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan