Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Aston Villa bukan batu loncatan untuk ke Liverpool, tegas Gerrard

Steven Gerrard menegaskan bahawa dia tidak menyifatkan Aston Villa sebagai batu loncatan untuk menjadi pengurus Liverpool.

Anggaran Waktu Membaca:
Aston Villa bukan batu loncatan untuk ke Liverpool, tegas Gerrard

(Gambar fail: ANDY BUCHANAN / AFP)

Diterbitkan : 19 Nov 2021 03:39PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 03:47PM

LONDON: Steven Gerrard menegaskan bahawa dia tidak menyifatkan Aston Villa sebagai batu loncatan untuk menjadi pengurus Liverpool.

Legenda Liverpool itu mengambil alih tugas selaku pengurus baru Aston Villa selepas menandatangani kontrak sehingga 2025 setelah melepaskan tugasnya di Glasgow Rangers.

Gerrard membantu Rangers menamatkan penantian 10 tahun pasukan itu untuk memenangi Liga Perdana Scotland pada musim lalu dan meninggalkan pasukan itu ketika berkelebihan empat mata di hadapan seteru utamanya, Glasgow Celtic di puncak liga.

Pengurus berusia 41 tahun itu mengambil alih Villa pada ketika pasukan itu tewas lima perlawanan terakhir berturut-turut di bawah kendalian Dean Smith dan membawa misi untuk memulihkan pasukan tersebut dan meningkatkan reputasinya selaku pengurus.

Sungguhpun demikian, Gerrard tidak menyifatkan kelab barunya itu sebagai batu loncatan untuk kembali ke Liverpool sebagai pengurus.

"Saya mempertaruhkan segala-galanya dan saya akan memberikan segala yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Saya 100 peratus komited dan ini termasuk para pegawai saya," kata Gerrard dalam sidang media pertamanya bersama Villa.

"Amat tidak adil, anda tidak pernah mendengar saya mengatakan bahawa ia satu batu loncatan. Bagi saya, saya benar-benar menghormati dan berbangga dengan jawatan ini.

"Tidak ada salahnya dalam bola sepak untuk memiliki impian dan aspirasi tetapi Liverpool kini memiliki seorang pengurus bertaraf dunia (Jurgen Klopp) dan mereka berpuas hati dengannya.

"Jika dia akan menandatangani kontrak sepanjang hayat (bersama Liverpool), saya turut menumpang gembira dengan mereka," katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/AW/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan