Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

ASTAF anjur kursus online kepada 75 pegawai sepak takraw dari seluruh Asia

Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) akan melaksanakan Kursus Kejurulatihan Bertauliah ASTAF Tahap 1 (Teori) secara online kepada 75 pegawai sepak takraw di seluruh Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
ASTAF anjur kursus online kepada 75 pegawai sepak takraw dari seluruh Asia

Presiden ASTAF Abdul Halim Kader. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 May 2020 10:19PM Dikemas Kini : 17 May 2020 10:22PM

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) akan melaksanakan Kursus Kejurulatihan Bertauliah ASTAF Tahap 1 (Teori) secara online kepada 75 pegawai sepak takraw di seluruh Asia.

Menurut kenyataan ASTAF, kursus dalam talian melalui aplikasi sidang video Zoom dari Singapura itu akan dirasmikan oleh Anggota Parlimen Bishan-Toa Payoh, Singapura, Encik Saktiandi Supaat pada pukul 11 pagi hari Isnin (18 Mei).

Presiden ASTAF Abdul Halim Kader berkata kursus online itu akan merangkumi topik keselamatan, biomekanik, bimbingan profesional, kepemimpinan dan pengurusan atlit.

"Kandungan kursus yang pertama kali dilakukan secara dalam talian ini adalah untuk melengkapkan para jurulatih dengan standard yang membolehkan mereka berfungsi dengan penuh keyakinan dan berintegriti.

"ASTAF memahami keperluan mendesak jurulatih untuk terus memberikan nilai terbaik kepada atlit. Kami telah merancang Kursus Persijilan selama tujuh hari secara menyeluruh supaya lebih awal jurulatih diberikan perspektif yang lebih luas, lebih awal mereka dapat memindahkan pengetahuan dan menerapkannya kepada atlit mereka," ujarnya.

Encik Abdul Halim menambah ASTAF menaja kursus dalam talian yang akan diadakan pada 18 hingga 29 Mei itu dengan nilai S$50,000.

"Kami sangat terkejut, walaupun semasa penularan COVID-19, ASTAF berjaya menarik sejumlah pegawai sepak takraw untuk mengikuti kursus ini secara langsung dari Singapura dengan pembimbing dari Singapura, Thailand dan Filipina," katanya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan