Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

AS boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022; enggan hantar pegawai kanan

Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghantar pegawai kanannya ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 atas faktor kekejaman terhadap hak asasi manusia di China.

Anggaran Waktu Membaca:
AS boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022; enggan hantar pegawai kanan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 07:47AM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 07:49AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghantar pegawai kanannya ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 atas faktor kekejaman terhadap hak asasi manusia di China.

Ini selepas Beijing tidak memperincikan tindak balas mereka terhadap sebarang boikot diplomatik.

Presiden Joe Biden kini mempertimbangkan untuk melakukan boikot sedemikian menyusuli kritikan terhadap rekod hak asasi manusia China.

Ini termasuk dakwaan bahawa China melaksanakan pembunuhan beramai-ramai terhadap golongan minoriti Muslim di wilayah barat Xinjiang.

Setiausaha Media Rumah Putih, Jen Psaki berkata pentadbiran Biden tidak akan menghantar sebarang wakil diplomatik atau pegawai rasmi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dan Sukan Paralimpik.

Pemulauan itu adalah sebahagian daripada bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan yang berterusan di Xinjiang dan pelanggaran hak asasi manusia yang lain oleh China.

Bagaimanapun menurutnya, boikot diplomatik itu tidak akan menjejas kehadiran para atlit dari Amerika Syarikat.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Kedutaan China di Washington berhubung perkara tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian sebelum ini berkata bahawa boikot harus dihentikan "supaya tidak menjejas dialog dan kerjasama antara China dengan Amerika Syarikat dalam bidang penting."

Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada 2028 di Los Angeles, sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana China mungkin bertindak balas buat sementara waktu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan