Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arteta mahu 'ikat' Ceballos dengan Arsenal; bincang kontrak dengan Real Madrid

Arsenal sedang mengadakan rundingan dengan gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid,bagi mendapatkan khidmat Dani Ceballos secara tetap yang buat masa ini dipinjamkan kepada pasukan dari Liga Perdana England (EPL) itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Arteta mahu 'ikat' Ceballos dengan Arsenal; bincang kontrak dengan Real Madrid

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Jul 2020 09:47AM Dikemas Kini : 08 Jul 2020 09:51AM

LONDON: Arsenal sedang mengadakan rundingan dengan gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid,bagi mendapatkan khidmat Dani Ceballos secara tetap yang buat masa ini dipinjamkan kepada pasukan dari Liga Perdana England (EPL) itu.

Musim pemain midfield berusia 23 tahun itu terganggu akibat kecederaan hamstring tetapi kini sudah turun padang bagi tujuh daripada lapan perlawanan EPL dan mula berkembang maju di bawah bimbingan pengurus pasukan, Mikel Arteta.

The Gunners akan kembali beraksi menentang Leicester City selepas merekodkan kemenangan 2-0 hujung minggu lalu ketika berdepan Wolverhampton Wanderers dalam usaha pasukan dari London itu untuk melayakkan diri ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim akan datang.

Pengakhir musim yang cemerlang di Stadium Emirates bakal menjadi motivasi untuk Ceballos terus menyarung jersi Arsenal.

"Ya, kita telah berbincang dengan (Real Madrid).

"Jelas Ceballos masih belum lagi menjadi milik kami. Kami perlu mengadakan perbincangan dan melihat apa yang dapat dilakukan selanjutnya," kata Arteta.

Ceballos menjaringkan gol kemenangan Arsenal ke atas Sheffield United untuk memastikan pasukan itu akan berdepan dengan Manchester City di peringkat separuh akhir Piala FA England dan Arteta amat terkesan dengan semangat yang dimilikinya.

"Saya sangat berpuas hati dengan prestasinya dan cara dia berkembang. Dan, saya juga suka betapa dia suka bermain bola sepak dengan kelab kami, begitu juga dengan semangat yang dia ada dalam setiap sesi latihan dan dalam setiap perlawanan.

"Saya sangat gembira dengannya. Saya rasa dia berkembang dengan cara yang betul dan dia akan menjadi pemain yang sangat penting bagi kami," tambah Arteta.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan