Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal tewaskan Liverpool; Man City kalahkan Bournemouth

Arsenal menamatkan usaha Liverpool untuk mencipta rekod baru Liga Perdana England (EPL) menerusi kemenangan 2-1 bagi menewaskan juara baru EPL itu, manakala Manchester City menolak Bournemouth semakin hampir diturunkan ke divisyen dua dengan kemenangan 2-1 pada Rabu (15 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Arsenal tewaskan Liverpool; Man City kalahkan Bournemouth

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2020 08:11AM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 08:15AM

LONDON: Arsenal menamatkan usaha Liverpool untuk mencipta rekod baru Liga Perdana England (EPL) menerusi kemenangan 2-1 bagi menewaskan juara baru EPL itu, manakala Manchester City menolak Bournemouth semakin hampir diturunkan ke divisyen dua dengan kemenangan 2-1 pada Rabu (15 Jul).

Skuad kendalian Jurgen Klopp perlu menang tiga perlawanan terakhir musim ini untuk memecahkan rekod kutipan mata Manchester City yang berjaya mengumpul 100 mata pada 2018.

Liverpool berada di landasan terbaik apabila Sadio Mane membuka tirai jaringan hasil hantaran Andrew Robertson di Stadium Emirates.

Namun dua kesilapan membawa padah kepada Liverpool yang kini mengalami kekalahan ketiga dalam liga musim ini.

Hantaran Virgil van Dijk yang tersasar sebaliknya dimanfaatkan oleh penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette yang menggelecek penjaga gol Reds, Alisson Becker untuk menjaringkan gol pada minit ke-32.

Alisson juga melakukan kesillapan apabila hantarannya dipintas Lacazette dan mengumpan bola kepada pemain berusia 20 tahun, Reiss Nelson untuk menjaringkan gol kedua.

Dengan kekalahan ini, Liverpool gagal menang tiga daripada lima perlawanan terakhir sejak merangkul gelaran juara.

Sejauh ini, Liverpool hanya memungut 93 mata dan dengan hanya baki dua perlawanan, pasukan tersebut hanya boleh mengumpul 99 mata di penamat kempen.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan