Images
  • chelsea celebrate
    Pemain Chelsea Callum Hudson-Odoi (Gambar: AFP)

Arsenal, Chelsea mara ke peringkat seterusnya dalam Liga Eropah

PARIS: Chelsea dan Arsenal meraih kemenangan besar dalam perlawanan Liga Europa pada Khamis (29 Nov), manakala kelab gergasi dari Glasgow, Celtic dan Rangers pula masih perlu bekerja keras pada hari terakhir perlawanan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Unai Emery memilih pemain-pemain muda untuk bermain di Ukraine dan strateginya terbukti berkesan apabila pasukan Arsenal mengatasi Vorskla Poltava 3-0, sekaligus menjamin tempat paling atas dalam Kumpulan E.

Chelsea pula menyahut seruan pengurus kelab Maurizio Sarri dan membelasah PAOK Salonika 4-0, untuk menebus kekalahan mereka di tangan Tottenham dalam Liga Perdana sebelum ini.

Sementara itu Celtic perlu sekurang-kurangnya keputusan seri pada hari terakhir perlawanan peringkat kumpulan, selepas mengalahkan Rosenborg 1-0 hasil tandukan Scott Sinclair.

Pasukan Rangers pula seri 0-0 dengan Villareal. Kini ketinggalan satu mata di belakang pasukan Sepanyol itu dan Rapid Vienna, Rangers masih mempunyai harapan melayakkan diri ke peringkat seterusnya pada hari terakhir perlawanan kumpulan.

Bayer Leverkusen, Zurich, Dinamo Zagreb, Arsenal, Frankfurt, Lazio dan Chelsea sudahpun melayakkan diri ke peringkat seterusnya sebelum perlawanan hari Khamis, di mana Salzburg, Sporting Lisbon, Real Betis, Zenit Saint-Petersburg, Dynamo Kiev, Krasnodar dan Fenerbahce menempatkan diri ke pusingan seterusnya.

- AFP/TQ/tq

Top