Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal catat kemenangan ke-10 berturut-turut; Ozil pamer prestasi cemerlang

Pierre-Emerick Aubameyang dan Mesut Ozil mempamerkan prestasi yang cemerlang sewaktu Arsenal mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut dalam perlawanan menentang Leicester City pada Isnin (22 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Arsenal catat kemenangan ke-10 berturut-turut; Ozil pamer prestasi cemerlang

Pierre-Emerick Aubameyang dan Mesut Ozil mempamerkan prestasi yang cemerlang sewaktu Arsenal mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut dalam perlawanan menentang Leicester City. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Oct 2018 09:40AM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 10:58AM

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang dan Mesut Ozil mempamerkan prestasi yang cemerlang sewaktu Arsenal mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut dalam perlawanan menentang Leicester City pada Isnin (22 Okt).

Skuad bimbingan Unai Emery itu ketinggalan di belakang selepas Hector Bellerin menjaringkan gol sendiri di Stadium Emirates.

Namun, Ozil yang menerajui Arsenal selaku kapten sebaik beliau kembali ke pangkuan pasukan selepas pulih daripada masalah kekejangan belakang, mempamerkan persembahan cemerlang untuk menerajui kebangkitan Gunners.

Ozil berjaya melenyapkan prestasi hambar pada awal musim dengan menjaringkan gol penyamaan sebelum rehat babak pertama.

Beliau juga memainkan peranan besar ke atas gol kedua Arsenal yang dijaringkan oleh Aubameyang setelah perlawanan disambung semula.

Penyerang antarabangsa Gabon, Aubameyang, yang dibawa masuk dari bangku simpanan sekali lagi membolosi pintu gol Leicester tiga minit berselang, yang membolehkan Arsenal mencipta kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan buat kali pertama sejak tahun 2007.

Arsenal sudahpun berhasil menjaringkan 30 gol dan mendaki ke tangga keempat dalam carta Liga Perdana England, hanya dua mata di belakang pendahulu liga, Manchester City. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan