Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Argentina lanjutkan kontrak Scaloni

Lionel Scaloni melanjutkan kontrak bersama Argentina pada Selasa (30 Jul) sehingga berakhir tempoh kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar, menurut Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) di lamannya dan saluran-saluran media sosial. 

Anggaran Waktu Membaca:
Argentina lanjutkan kontrak Scaloni

Lionel Scaloni. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 Jul 2019 12:08PM Dikemas Kini : 31 Jul 2019 12:12PM

BUENOS AIRES: Lionel Scaloni melanjutkan kontrak bersama Argentina pada Selasa (30 Jul) sehingga berakhir tempoh kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar, menurut Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) di lamannya dan saluran-saluran media sosial.

Jurulatih berusia 41 tahun itu sebelum ini dilantik sebagai jurulatih sementara pada Ogos lalu, hanya dua minggu selepas Jorge Sampaoli dipecat menyusuli penyingkiran Argentina di peringkat 16 pasukan terakhir Piala Dunia 2018 di Russia.

Kontrak Scaloni yang berakhir November lalu disambung hingga Disember hujung tahun ini.

Kontrak itu dilanjutkan menyusuli kejayaan Scaloni menamatkan persaingan Copa America di Brazil di tempat ketiga dan kini beliau diberi peluang untuk melayakkan pasukan itu ke Piala Dunia 2022.

Pusingan saringan akan bermula pada Mac 2020 dan akan berlangsung sehingga 2021.

Beliau juga bertanggungjawab memimpin pasukan Argentina bagi pertandingan Copa America tahun depan yang dianjurkan secara bersama oleh Argentina dan Colombia.

Scaloni yang tidak pernah memegang jawatan sebagai ketua jurulatih sebelum dilantik menerajui pasukan kebangsaan, diberikan sokongan oleh para pemainnya, termasuk pemenang lima kali Ballon d'Or, Lionel Messi, menyusuli Copa America. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan