Images
  • riyadh horce race
    Gambar fail para pekerja dan seekor kuda lumba di Litar Lumba Raja Abdulaziz pada 2016 (Gambar: AFP)

Arab Saudi tuan rumah lumba kuda paling mewah di dunia pada 2020

RIYADH: Arab Saudi bakal menjadi tuan rumah kepada acara lumba kuda paling lumayan di dunia di Litar Lumba Raja Abdulaziz di Riyadh tahun depan, dengan wang hadiah bernilai AS$20 juta (S$27.7 juta) boleh dimenangi, menurut Kelab Joki Arab Saudi pada Khamis (8 Ogos).

Piala Saudi, yang akan menampilkan perlumbaan sejauh 1,800 meter akan diadakan pada 29 Februari, dengan penyertaan maksimum seramai 14 pelumba. Pemenang akan membawa pulang AS$10 juta (S$13.8 juta).

Keseluruhan nilai wang hadiah Piala Saudi jauh melebihi AS$16 juta (S$22.1 juta) yang ditawarkan bagi Piala Dunia Pegasus di Florida tahun lalu.

"Piala Saudi diperkenalkan sebagai satu perlumbaan antarabangsa dan acara ini adalah yang paling penting dalam sejarah lumba kuda Arab Saudi," kata Putera Bandar bin Khalid Al Faisal dalam satu kenyataan.

"Kami mengalu-alukan pelumba lelaki dan wanita, pihak media, para peminat dan orang ramai ke Riyadh pada 2020."

- AFP/TQ/tq

Top