Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Anugerah The Best FIFA akan dianjur secara maya pada 17 Jan 2022

Anugerah Bola Sepak The Best FIFA 2021 akan diadakan secara maya dari Zurich pada 17 Januari tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Anugerah The Best FIFA akan dianjur secara maya pada 17 Jan 2022

Pemain bola sepak Robert Lewandowsk. (Gambar: Getty Images)

ZURICH: Anugerah Bola Sepak The Best FIFA 2021 akan diadakan secara maya dari Zurich pada 17 Januari tahun depan.

Anugerah di bawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu diadakan setiap tahun sejak 2017, di mana Cristiano Ronaldo dinobat sebagai pemenang pertama bagi kategori Pemain Lelaki Terbaik.

Bintang kelab Bayern Munich, Robert Lewandowski memenangi anugerah yang sama pada edisi 2020 dan kini beliau berharap usahanya memecahkan rekod dalam Bundesliga Jerman pada muslim lalu akan membantunya untuk mempertahankan gelarannya itu.

Persaingan kali ini menjurus ke arah penyerang Liverpool, Mohamed Salah yang menduduki tempat ketiga dalam edisi 2018 dan beliau meraih permulaan cemerlang dalam musim 2021-22.

Sementara itu, dua pemain dari Perancis, Kylian Mbappe dan Karim Benzema turut berpeluang merangkul anugerah kali ini.

Edisi kali ini turut menampilkan Anugerah Penjaga Gawang Lelaki Terbaik dan Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik serta dua anugerah sama dalam kategori wanita.

Senarai kesebelasan utama FIFPRO terbaik lelaki dan wanita juga akan diumumkan semasa acara penganugerahan itu.

Ekoran kes koronavirus di Eropah yang masih meningkat, FIFA memutuskan untuk menganjurkan acara itu secara maya.

Dalam kenyataannya, FIFA menyatakan: "The Best menggabungkan pandangan daripada empat teras dalam dunia bola sepak.

"Pemenang trofi bagi kategori pemain dan jurulatih terbaik lelaki dan wanita akan ditentukan menerusi proses undian yang melibatkan kapten dan ketua jurulatih kesemua pasukan kebangsaan dari seluruh dunia, undian dalam talian oleh para peminat dan penyerahan nama daripada kumpulan terpilih yang terdiri daripada lebih 300 wakil media."

Proses undian akan bermula pada 22 November dan akan ditutup pada 10 Disember.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan