Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Anggota Team Flash, Amraan Gani & Joseph Yeo tandatangani kontrak baru

Cita-cita Singapura untuk menjadi negara eSukan terunggul di Sukan Asia mendapat satu rangsangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota Team Flash, Amraan Gani & Joseph Yeo tandatangani kontrak baru
Diterbitkan : 28 May 2018 08:23PM Dikemas Kini : 28 May 2018 08:26PM

SINGAPURA: Cita-cita Singapura untuk menjadi negara eSukan terunggul di Sukan Asia mendapat satu rangsangan.

Dua anggota pasukan profesional Team Flash, yang menempa sejarah apabila mereka dinobatkan Juara Asia Timur pada bulan lalu, menandatangani kontrak baru hari ini (28 Mei).

Ini dilakukan sebelum penampilan pertama mereka di Piala eDunia FIFA di Amsterdam minggu depan.

Buat Amraan Gani, permainan FIFA bukan hobi semata-mata. Beliau salah seorang pemain eSukan terbaik Singapura. Ia juga suatu latihan untuk pertandingan.

Mahasiswa di Universiti Teknologi Nanyang, yang berusia 24 tahun ini, baru sahaja melanjutkan kontraknya bersama Team Flash sehingga Januari tahun depan. Beliau melihat masa depan yang cerah bagi pemain eSukan.

Amraan dan rakan sepasukannya, Joseph Yeo - yang melanjutkan kontrak untuk lagi dua tahun - akan menyertai Perlawanan Akhir Siri Global Piala eDunia FIFA di Amsterdam dari 1 hingga 3 Jun ini.

Seramai 64 pemain terhebat dunia bakal bertaruh bagi 16 tempat di peringkat akhir pada bulan Ogos. Wakil-wakil Singapura yakin mereka berkebolehan untuk menyandang gelaran juara dunia.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian baru, Team Flash akan turut mendapat sokongan oleh Persatuan Permainan Online dan Sukan Siber Singapura, atau SCOGA.

Matlamatnya adalah untuk menjadi pesaing terhebat di Sukan Asia dan menjadikan eSukan sebuah sukan pingat rasmi pada 2022.

Sumber : CNA/FZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan