Images
  • tenis

Angelique Kerber menang kejohanan Wimbledon

LONDON: Peserta wanita Jerman Angelique Kerber memenangi kejohanan Wimbledon pertama beliau selepas menundukkan Serena Williams dari Amerika Syarikat.

Kemenangan itu adalah kejohanan Grand Slam ketiga Kerber sejak 2016. Kerber menang dua set dengan keputusan 6-3 dan 6-3.

Meskipun Williams cuba bertahan dalam set kedua, Keber berjaya memastikan kejuaraan dengan cubaan mata penentu yang pertama. Dengan kemenangan ini, Kerber menjadi pemain Jerman pertama yang menjuarai kejohanan Wimbledon perseorangan sejak Steffi Graf pada 1996.

Sementara itu, pemain Serbia Novak Djokovic akan beraksi di peringkat akhir perseorangan lelaki kejohanan Wimbledon selepas mengalahkan pemain Sepanyol Rafael Nadal.

Perlawanan antara kedua pemain tenis handal itu memakan masa lebih lima jam.

Kemenangan Djokovic ini juga adalah perlawanan akhir pertama beliau sejak Kejohanan Amerika 2016.

- Agensi berita/MM/na

Top