Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Anak Somalia Muslimah pertama jadi pengadil bola sepak di Britain

Beberapa tahun lalu, tekanan dan krisis di Mogadishu memaksa Jawahir Roble dan keluarganya berpindah ke London. Bersama langkah itu ialah harapan untuk menjalani hidup baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Somalia Muslimah pertama jadi pengadil bola sepak di Britain

Jawahir Roble. (Gambar: Metro)

Diterbitkan : 25 May 2018 10:59PM Dikemas Kini : 25 May 2018 11:05PM

LONDON: Beberapa tahun lalu, tekanan dan krisis di Mogadishu memaksa Jawahir Roble dan keluarganya berpindah ke London. Bersama langkah itu ialah harapan untuk menjalani hidup baru.

Menariknya, kehidupan baru Jawahir bermula daripada insiden yang tidak dirancang.

Pada suatu hari, satu perlawanan liga bola sepak wanita tempatan di barat laut London tidak dapat dilangsungkan kerana kekurangan pengadil.

Penganjur kejohanan itu kemudian bertanya kepada Jawahir: "JJ, boleh tolong tak?"

JJ adalah nama panggilan masyarakat setempat untuk Jawahir.

Sejak detik itu beliau tidak lagi menoleh ke belakang. Beliau menekuni minat barunya itu dan terus belajar untuk menjadi pengadil bola sepak.

Kini JJ adalah wanita Islam pertama menjadi pengadil bola sepak di Britain, lapor Malaysiakini.

Perbezaan Jawahir berbanding pengadil lain memang sangat ketara. Tidak seperti yang lain, beliau tetap menjaga auratnya semasa bertugas di atas padang.

Berbaju lengan panjang, berseluar panjang dan bertudung - itulah Jawahir.

Menceritakan pengalamannya, Jawahir berkata di peringkat awal beliau berdepan dengan pandangan curiga, terutamanya apabila perlu mengendalikan pertandingan bola sepak lelaki.

"Mereka macam tak percaya, dan ada yang ketawa. Tapi mereka akhirnya akur," katanya.

Malaysiakini melaporkan bahawa kini Jawahir berkata para pemain bersikap lebih terbuka, malah sebahagiannya sangat memberangsangkan.

Katanya ada pemain lebih gemar perlawanan dikendalikan wanita berbanding pengadil lelaki.

CAMPURKAN BUDAYA, AGAMA

Namun di media sosial, kadang-kadang ada komen yang tidak disenangi. Misalnya mereka mengaitkan kerjayanya sebagai pengadil dengan agamanya dan mengatakan ianya bercanggah.

"Entahlah. Bola sepak memang bukan budaya saya tapi saya lakukan ini untuk mengubah pandangan orang," katanya.

Sebagai muslimah, Jawahir berkata Islam tidak menghalangnya untuk mengendalikan perlawanan bola sepak, lapor Malaysiakini.

"Sebagai penganut Islam, kita perlu menjaga akhlak dan bersederhana ketika melakukan sesuatu yang kita suka.

"Masalahnya ada orang yang mencampur-adukkan agama dengan budaya," katanya.

Memandang ke hadapan, Jawahir berkata kini beliau sedang mengikuti kursus pengadil dan akan melanjutkan kerjayanya ke tahap lebih tinggi.

"Dalam tempoh 10 tahun lagi saya berharap dapat menjadi pengadil profesional dan diberi tanggungjawab mengendalikan perlawanan EPL, malah Liga Juara-juara," katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan