Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Anak Melayu S'pura ini berpeluang gunting rambut 5 pemain Manchester United

"Hey bro, Ashley here". Itulah kiriman mesej Whatsapp kepada Muhammad Khairi, 28 tahun pada Jumaat (19 Jul). Beliau tidak pernah menyangka akan dapat berkomunikasi dengan bintang bola sepak Manchester United Ashley Young.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Melayu S'pura ini berpeluang gunting rambut 5 pemain Manchester United

Encik Muhammad Khairi bersama Ashley Young. (Gambar: Ashley Young)

Diterbitkan : 20 Jul 2019 11:05PM Dikemas Kini : 20 Jul 2019 11:08PM

SINGAPURA: "Hey bro, Ashley here". Itulah kiriman mesej Whatsapp kepada Muhammad Khairi, 28 tahun pada Jumaat (19 Jul). Beliau tidak pernah menyangka akan dapat berkomunikasi dengan bintang bola sepak Manchester United Ashley Young.

Malah, jauh sekali beliau menjangkakan akan dapat menggunting rambut para pemain bola sepak yang terkenal di seluruh dunia.

Ashley berada di Singapura bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa yang berlangsung pada Sabtu (20 Jul).

Seorang rakan kerja pelanggannya menyarankan beliau kepada pemain bola sepak itu.

"Saya tergamam," menurut Khairi, yang merupakan seorang peminat setia Manchester United. " Saya mengambil petikan gambar mesej itu dan bertanya (kliennya) sama ada individu itu benar-benar Ahsley Young."

Beberapa jam kemudian, Khairi mendapati dirinya berada di Ritz Carlton untuk bertemu idola-idola beliau.

"Kawalan keselamatan amat ketat," menurut beliau. "Pada mulanya nama saya yang diberikan kepada mereka salah dan mereka terpinga-pinga mengapa saya berada di situ, mencari Ashley Young. Saya menunjukkan kiriman mesej itu sebelum saya naik ke atas."

Menurutnya apabila beliau memasuki bilik tersebut, beliau berjumpa dengan Young dan Paul Pogba.

"Beliau menyambut saya dan amat peramah, berjabat tangan dan di belakangnya ialah Paul Pogba," menurutnya. "Pogba dikenali dengan gayanya dan ia membuat saya lebih gementar."

"Saya adalah peminat setia Man U, saya tidak boleh menggambarkan perasaan saya. Saya hanya ingin bersikap profesional dan tidak membuat mereka beranggapan saya ini hanya seorang peminat. Ini adalah amanah."

Malahan, Khairi akhirnya menggunting rambut lima pemain Manchester United - Young, Pogba, Marcos Rojo, Marcus Rashford and Joel Pereira.

Beliau menjadi lebih selesa setelah berada lama di dalam bilik itu.

"Perbualan kami seperti adik beradik, yang saya percaya sesuatu yang lazim di setiap kedai gunting," menurutnya. "Saya membuat mereka berasa selesa dengan saya dan saya berasa seakan-akan mereka adalah kawan-kawan saya dari peringkat sekolah menengah.

"Mereka amat baik."

Khairi mendedahkan meskipun beliau cuba elak bergambar dengan para pemain Manchester United itu, tetapi Ashley Young yang berswafoto dengannya.

"Ashley Young sebenarnnya ingin membayar saya tetapi saya memberitahunya bahawa saya tidak akan menerima wang beliau," tambah Khairi.

Sebaliknya, Ashley Young tetap memberinya beberapa keping tiket perlawanan meskipun Khairi sudah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan persahabatan Man U menentang gergasi Itali Inter Milan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan